Anda perlulah mematuhi beberapa syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak kami bagi memberikan keselesaan kepada anda
dan juga pengguna yang lain dan untuk mengelakkan sebarang
permasalahan yang akan berlaku :
1. Para pembeli yang
budiman hendaklah mengikuti setiap langkah-langkah pembelian yang
telah ditetapkan oleh kami (Alhusna Gallery)
agar proses pengesahan pembayaran dapat dilakukan dengan lancar.
2. Anda juga perlu
memasukkan setiap maklumat atau data yang betul dan jelas pada
borang pengesahan bayaran. Proses pengesahan, penghantaran link
download atau pengeposan produk akan menjadi lambat dan bermasalah
jika proses ini gagal anda lakukan dengan cermat dan teliti.
3. Setiap Link
download yang dihantarkan kepada anda
MESTI DIRAHSIAKAN dan merupakan hak milik anda sahaja.
Link download kami merupakan amanah yang dipertanggunjawabkan kepada
anda agar tidak memberikannya kepada sesiapa saja sesuka hati. Pihak
Alhusna Gallery akan mengambil
tindakan tegas jika didapati anda memberikan link download kami
sesuka hati.
4. Jika terdapat
sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt), hilang,
berlaku perkara yang meragukan atau sebagainya, sila laporkan dengan
seberapa segera kepada kami agar kami dapat mengatasinya dengan
segera.
5. Namun
kadang-kadang berlaku kesilapan atau masalah dari pihak pembeli
seperti talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file
tidak dapat di'download' dengan sempurna. Jika ini berlaku maka ia
adalah di luar bidang kami. Namun kami mengambil sikap 'mesra
pengguna' dengan mengadakan alternatif lain untuk pembeli yang
menghadapi masalah seperti talian internet terlalu lambat, masih
guna 'dial-up', rumah tiada internet terpaksa ke CC dan sebagainya
maka kami telah menyediakan produk dalam bentuk CD dan akan
menghantarnya ke rumah anda menggunakan POS
EKSPRES, tetapi dengan sedikit penambahan wang iaitu sebanyak
RM10.00 (tertakluk pada perubahan ).
6.
Tiada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung di dalam pakej ini ini adalah tepat dan lengkap. Pihak
kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko, kehilangan,
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat
penggunaan dan aplikasi kandungan produk ini, secara langsung atau
tidak langsung.
7. Jaminan pulangan wang tidak diberikan kerana
produk ini adalah PRODUK DIGITAL di mana pembeli mampu
membuat salinan peribadi tanpa pengetahuan kami jika kami kembalikan
wang anda tersebut. Namun demikian, hak anda tetap kami utamakan
dimana setiap pembeli akan diberikan bantuan dan support di dalam
menggunakan produk-produk tertentu sekiranya tidak berjaya
melakukannya walaupun telah mencubanya berulang kali. Oleh itu jika
anda tidak berpuas hati dengan syarat ini maka kami nasihatkan agar
anda tidak membeli produk ini.
8. Kami telah mencuba produk ini agar ianya
bersesuaian dan boleh digunakan dengan baik. Oleh itu sebarang
masalah yang timbul dari penggunaan produk ini sila maklumkan dengan
segera kepada pihak kami.
9. Kami hanya menjual produk sahaja dan tidak
menyediakan khidmat memasang perisian ke komputer anda. Oleh
itu, pemasangan perisian adalah mengikut inisiatif anda sendiri.
10. Anda
tidak dibenarkan untuk menjual semula pakej WEB TOOLS I
ini sebagaimana yang kami telah kami tawarkan ini. Anda perlulah
memasarkannya mengikut kreativiti anda sendiri dan menggunakan bonus
anda sendiri.
11. Anda
juga tidak dibenarkan untuk menggunakan Website kami dan bahan-bahan
yang terkandung di dalamnya untuk menjual semula produk WEB TOOLS
I atau produk anda sendiri.
12. Anda
perlulah meminta izin dari pihak kami terlebih dahulu sebelum
mengambil sebarang bahan atau material yang terkandung di dalam
website kami ini
13. Anda
perlulah mengetahui serba sedikit tentang ilmu komputer seperti
berkaitan dengan perisian atau penggunaannya.
14.
PENGGUNAAN KUPON - Kami meletakkan beberapa syarat bagi
penggunaan Kupon antaranya penggunaan kupon secara bertindan tidak
dibenarkan iaitu anda menghimpunkan beberapa kupon bagi membeli satu
produk kami, cara ini adalah tidak dibenarkan Satu kupon hanya
dibenarkan bagi satu produk sahaja. Jika anda mendapatkan kupon ini
dari produk lain (JV Partner) maka anda perlulah menggunakan email
yang digunakan produk tersebut untuk membeli produk kami atau dengan
kata lain menggunakan email yang sama. Kupon hanya boleh digunakan
sekali sahaja dan tidak boleh berpindah milik atau untuk kegunaan
anda sahaja.
-#TERMA DAN SYARAT # -
Teruskan pembelian anda jika anda bersetuju dengan Terma dan
Syarat di atas. Jika anda tidak bersetuju, maka anda tidak
digalakkan membeli produk ini bagi mengelakkan timbulnya rasa
ketidakpuashatian anda kelak.